Tuesday, September 30, 2008

Buang Masa Aje...

Location: Opis
Time: 1045hrs


Takde orang sangat...yang tinggal just:


...expat2 yang tgh buat2 keje dan tak ketinggalan tgh berdiskusi tentang plan cuti Raya diaorg...

...rakan2 sekerja berbangsa Cina dan India yang sedang bertungkus-lumus melayari Facebook...

...secretary big boss aku yang tgh berborak sakan ngan sapa ntah aku pon tak kenal...

...makcik cleaner yang kalo tak silap aku dah 4,5 kali lalu lalang bawak mop kat depan nih...

...5 orang jer kawan2 yang masih 'hijau' kat Microsoft Office Communicator aku nih...





Hishh...aku buat mende kat sini nih???? Ok la weh...alang2 aku nak blah nih, aku ucapkan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, September 18, 2008

Korang Pernah Tak?...

Bangun untuk bersahur dlm kul 5:00am,

makan nasi lauk sardin goreng sambal, telor dadar, sayur bayam goreng lebih juadah bukak poser semalam ngan air suam dengan harapan bley tahan kenyang at least sampai tengahari,

kul 5:35am lepak layan DVD sambil pekena Nescafe Ginseng 3 in 1 ngan Mild Seven Original sebatang sambil2 tunggu azan Suboh,

dalam 5:40am, speaker masjid dah berkumandang bacaan ayat2 suci Al-Quran menandakan sudah waktu Imsak dan hampir Suboh,

5:41am, light rokok lagik sebatang sambil abiskan air Nescafe Ginseng 3 in 1 tadi,

Dua minit pastuh, perut korang memulas giler babeng menandakan satu tindakan pantas harus diambil bagi meredakan keadaan huru-hara di dalam usus besar,

5:46am, perabihkan sisa rokok yang dah sampai ke filter dalam keadaan korang mencangkung/duduk (depends camner jenis jamban korang) dan meneruskan proses pencernaan,

Tepat jam 5:48am, kedengaran azan Suboh bergema memecahkan keheningan,

5:49am, dalam posisi mencangkuk/duduk kat mangkuk jamban tuh...dalam keadaan terkesima...korang berkata kepada diri sindri..."Godemmit...aku blum berniat nak puasa..."

...korang pernah tak?


*nasib baik aku selalu baca doa berpuasa utk sebulan...huhuhu

Wednesday, September 17, 2008

P.U.A.S

Tak..tak..aku bukan nak citer pasal Perbadanan Urus Air Selangor Bhd...


Just nak bgtau aku PUAS dapat makan putu piring 5 bijik beli kat pasar Ramadhan TTDI utk bukak poser smlm...




* tapi apsal dah bersaiz kecik pastuh RM0.50 satu?...dulu besar baru RM0.40...

Monday, September 15, 2008

Dam Damn Dum...

Time aku skola rendah dulu (membawak ke skola menengah pon), aktiviti utama bulan poser ialah perang mercun. Kalo tak perang ngan geng2 sindri, perang ngan budak2 kampung seting-garden kat tempat aku. Perang ngan geng sindri takde hal...tapi kalo perang ngan budak kampung seting-garden sure lajak sampai 'tak-puas-hati-kita-jumpa-kat-simpang'. Bonus kalo perang ngan budak seting-garden, selain baju berlubang kena mercun..dapat lebam sebijik dua kat muka. Tapi aku diplomatik...habis mercun aku lari balik umah. Bijak bukan?

Disebabkan aku uptown-boy, aku tak merasa nak perang meriam buloh...tapi perang menggunakan mercun2 terkini dan sensasi time 80-an tuh.

Venue perang masa tuh ialah di taman2 permainan area umah aku. Faveret spot kitaorg ialah di gelanggang roller-skate terbiar berhampiran surau rumah aku. Spot nih jugak jadik port Geng Gagak Hitam diketuai Farouq dalam citer Gila-Gila Remaja zaman 80-an dulu.

Antara rules/persediaan kalo nak perang mercun time tuh:

1. Masa utk berperang - seawal bermula semayang Isya' hingga tamat terawih.
2. Pastikan tiada kereta peronda polis berkeliaran pada waktu berkenaan.
3. Tak bley pakai air-bomb.
4. Hanya mercun das, roket, thunder clap, bom asap, mercun mancis dan sewaktu dengannya yg dibenarkan.
5. Bunga api, pop-pop, mercun ular tak layak join (untuk kanak2 bawah 6 tahun sahaja).
6. Digalakkan pakai kain pelikat ke surau sbg menunjukkan keprihatinan utk berterawih.
7. Digalakkan pakai sluar pendek dalam kain...tak digalakkan pakai kain masa perang.
8. Digalakkan bawak beg utk mengisi mercun ke surau atau ikat/selotep mercun kat peha dan betis.
9. Set time ngan pihak musuh supaya ada masa untuk susun strategi.
10. Santapan ringan disediakan di surau lepas abis perang.
11. Sesi postmortem sambil merokok diteruskan kat tembok tepi parit depan umah Ida Hewitt.

Tapi skang faveret spot tuh dah takde...derang dah bikin masjid kat situ. Aku pon tak sure budak2 kat tempat aku nih ada lawan mercun lagik ke tak. Mungkin derang dah tak layan mercun dan bertukar angin main PSP atau Counter Strike secara online.

Point aku tulis entry nih pon sebenarnya nak buat iklan jer...sapa2 nak beli mercun bgtau akula. Membe aku ada jual. Mercun, bunga api kecik, bunga api besar sumer ada...kereta kebal pon dia ada jual. Nih betul2 nyer promote...bukan mainan semata...

Hastalavista bebeh!!!

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan Al-Mubarak...Buka Poser Cam Nak Rak!!!

Dah masuk hari ke-10 poser...sekejap giler rasa.

Semalam aku berbuka ngan ex-colleagues kat satu hotel along Jalan Raja Chulan. Ada membe nak bayarkan...sbb pastuh dia masuk dlm claim entertainment dia. Kira dia entertain clients la.

Dan semalam adalah juadah termahal yang dihidangkan utk aku melantak dalam sejarah hidup aku...satu kepala RM132. Untuk para lelaki diaorg still consider satu kepala, bukan dua kepala. Kepala satu lagi derang tak kira sebab tak nampak...kalo nampak baru derang charge kot.

Aku tak tau la korang...but for rm132 aku rasa aku kena bawak mangkuk tingkat utk tapau. Semalam pon aku makan tak byk pon..full giler. Cuit sini sket, cuit sana sket, jamah nih, jamah tuh...rm132!! Damn...syaitannirajim pon give up kot kalo nak soh dia perabih food kat situ.

But one thing berbaloi...choices of food mmg byk giler (serius shit byk) and korang bley lepak smpi 11pm. Masa nak balik, aku usha gak nak tengok masa lg food ke tak. Yes, mmg byk giler food tak habis...haha.

What a waste...waste of duit org buka poser kat situ or waste of food?

Friday, September 05, 2008

Semalam Yang Hujan (bukan band Indie itu...hujan betul...dari langit)

Wassup...

Betul semalam petang hujan kat KL...aku tak tipu. Nasib baik aku naik LRT. Jalan mungkin jam giler babeng...

Ramadhan tahun nih blum menggembirakan aku lagik. Sebabnyer:

1. Petang kelmarin, trip dari KL ke umah...2 jam!! Hilang akal ke apa???? The next day sampai hari nih, aku naik LRT gi opis.

2. Petang kelmarin gak, aku kempunan nak makan kuih kertas/gerdas (aku x sure nama betul dia..) sbb brader yg beratur depan aku sapu abis kuih tuh...mentekedarah gile tak ingat orang belakang..

3. Dari 1st Ramadhan sampai hari nih...aku tak jumpa lagi gerai popia tahun lepas. Popia sira dia terbaeeekkkk beb! Aku ada try gak popia sira gerai2 lain...tak bley blah siot...

4. Semalam kepala aku 2,3 kali kena cucuk ngan payung...perang payung kat Pasar Ramadhan KJ.

Semalam on the way balik dalam LRT, aku terjumpa membe yang aku kenal gitu2 je la...seorang pompuan...bini orang...anak dah sorang. Borak2 pasal juadah berbuka la...takde lain dah. Dia tanya aku apsal tak masak jer kat umah. Jawapan aku:

"kalo aku masak, ko masak, sumer orang masak kat umah...sapa yg nak beli lauk2 kat Pasar Ramadhan tuh. Sian derang penat2 masak tapi takde orang beli. Nih la masa nak support bisnes Melayu"

Tapi tuh sumer sebenarnyer ayat cover...yang sebetulnyer....aku MALAS...muahahahahaha...

Okla...aku nak gi solat Jumaat...


Cheers!!

Monday, September 01, 2008

Ramadhan Al-Mubarak...Pas Bukak Poser Kita Lepak..

Salam to all...

Abis dah satu hari poser. Kejap jer rasa...maybe sbb aku bgn tadi pon dah kul 3pm...huhuhu.

Aktiviti rutin time bulan poser...gi pasar Ramadhan. Port biasa...pasar Ramadhan KJ. Disebabkan aku gi agak lewat tadi, orang ramai giler tak ingat. Sempat rembat kuih pelita jer. Half way masuk...aku give up...aku patah balik. Tak dapat sial nak masuk...sesak nak mampos. Esok balik keje terus gi la...time orang tak ramai lagik. Kempunan aku nak makan popiah sira bukak poser td...

Kalo kita tgk orang ramai kat pasar Ramadhan nih...macam2 peel. Brader2 yg menjual tuh jgn citer la...kalo tak kecoh tak pasar Ramadhan la namanyer..

1. ada yg datang lenggang, kuar lenggang tak beli apa2
- sama ada dia tak berkenan ngan kuih/lauk kat situ or sebab dia dah kenyang (tak poser hari tuh)

2. ada yg datang lenggang, kuar cam baru pas borong kat Mydin
- sama ada family dia besar & kaki melantak or sebab dah terikut hawa nafsu perot

3. ada yg datang, then kuar ngan sejenis kuih jer
- sama ada dia ikut sunnah nabi (berbuka sederhana) or sebab duit tak cukup nak makan byk2

4. ada yg datang ngan muka berseri2
- sama ada mmg muka dia penuh ngan cahaya keimanan or bersemangat nak cuci mata tgk awek2 kat situ


Ok la..aku tgh pening nih...baru pas isap rokok. Best woo isap rokok pas bukak poser...cam rasa high2 sket.

Orait...selamat berposer to all.

Ciao.