Monday, September 15, 2008

Dam Damn Dum...

Time aku skola rendah dulu (membawak ke skola menengah pon), aktiviti utama bulan poser ialah perang mercun. Kalo tak perang ngan geng2 sindri, perang ngan budak2 kampung seting-garden kat tempat aku. Perang ngan geng sindri takde hal...tapi kalo perang ngan budak kampung seting-garden sure lajak sampai 'tak-puas-hati-kita-jumpa-kat-simpang'. Bonus kalo perang ngan budak seting-garden, selain baju berlubang kena mercun..dapat lebam sebijik dua kat muka. Tapi aku diplomatik...habis mercun aku lari balik umah. Bijak bukan?

Disebabkan aku uptown-boy, aku tak merasa nak perang meriam buloh...tapi perang menggunakan mercun2 terkini dan sensasi time 80-an tuh.

Venue perang masa tuh ialah di taman2 permainan area umah aku. Faveret spot kitaorg ialah di gelanggang roller-skate terbiar berhampiran surau rumah aku. Spot nih jugak jadik port Geng Gagak Hitam diketuai Farouq dalam citer Gila-Gila Remaja zaman 80-an dulu.

Antara rules/persediaan kalo nak perang mercun time tuh:

1. Masa utk berperang - seawal bermula semayang Isya' hingga tamat terawih.
2. Pastikan tiada kereta peronda polis berkeliaran pada waktu berkenaan.
3. Tak bley pakai air-bomb.
4. Hanya mercun das, roket, thunder clap, bom asap, mercun mancis dan sewaktu dengannya yg dibenarkan.
5. Bunga api, pop-pop, mercun ular tak layak join (untuk kanak2 bawah 6 tahun sahaja).
6. Digalakkan pakai kain pelikat ke surau sbg menunjukkan keprihatinan utk berterawih.
7. Digalakkan pakai sluar pendek dalam kain...tak digalakkan pakai kain masa perang.
8. Digalakkan bawak beg utk mengisi mercun ke surau atau ikat/selotep mercun kat peha dan betis.
9. Set time ngan pihak musuh supaya ada masa untuk susun strategi.
10. Santapan ringan disediakan di surau lepas abis perang.
11. Sesi postmortem sambil merokok diteruskan kat tembok tepi parit depan umah Ida Hewitt.

Tapi skang faveret spot tuh dah takde...derang dah bikin masjid kat situ. Aku pon tak sure budak2 kat tempat aku nih ada lawan mercun lagik ke tak. Mungkin derang dah tak layan mercun dan bertukar angin main PSP atau Counter Strike secara online.

Point aku tulis entry nih pon sebenarnya nak buat iklan jer...sapa2 nak beli mercun bgtau akula. Membe aku ada jual. Mercun, bunga api kecik, bunga api besar sumer ada...kereta kebal pon dia ada jual. Nih betul2 nyer promote...bukan mainan semata...

Hastalavista bebeh!!!

No comments: