Thursday, June 22, 2006

Bandaraya Petaling Jaya

TAHNIAH PETALING JAYA!!

Kelmarin, bersamaan 20hb Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya yang ke-2 di Selangor dan ke-11 di Malaysia. Dengan secara tak langsung, julung - julung kalinyer sumer parking - parking kat PJ kelmarin adalah FREE!!!!! Lepas kurang lebih 40 tahun penubuhan PJ, selepas 28 tahun aku hidup kat PJ nih, dari aku merangkak sampailah aku pandai main polis-sentri, dengan pola petempatan berpusat terancang (aku bukak balik buku Geografi), akhirnya jadik Bandaraya dah PJ nih. Dari MPPJ dah tukar skang jadik MBPJ...kelakar la plak bunyi dia. Or should it be DBPJ?...

Bekas Yang Di Pertua MPPJ,
Datuk Ahmad Termizi Puteh, dipromote jadik Mayor pertama Bandaraya Petaling Jaya...perghh. Mesti mamat lega sebab baru - baru nih orang PJ sumer tengah bengang ngan MPPJ...nih dah dapat title Mayor nih, lagik berkuasa la sket dia rasa kot. Agak - agak korang, saman- saman MPPJ yang aku tak bayar lagik tuh kira burn ke???...sebab skang nih dah MBPJ...diaorang pakai database sama lagik ke??

Time aku skola rendah dulu, aku tau PJ nih nama lainnyer ialah Bandar Satelit. Tapi aku masa tuh tak pernah lak nampak satelit kat area PJ nih. Skang nih berlambak - lambakla nampak disc satelit (ASTRO, telecommunication). Satu lagik nickname PJ nih...Bandar Inai Merah. Yang nih pon aku tak paham...
part mana 'inai' tuh?? Aku tak pernah pon pakai inai. Time aku skola rendah pon aku rasa yang buat PJ nih popular ialah disebabkan cerita drama kat TV, citer PJ. Tak taula korang ingat ke tak citer tuh. Dulu aku suka giler babas citer nih...sebab ada Melissa Saila...hahaha. Time tuh kira hot la si Melissa Saila nih...feewiittt!!! Rumah yang diaorang pakai dalam citer PJ nih pon ada lagik beb..

Antara info ottai tentang Petaling Jaya :

1. Bank terawal - The Chartered Bank, Jalan Othman
2. Perindustrian terawal - Dunlop Malaysia dan Colgate Palmolive (kat Seks 14)
3. Sekolah Menengah Pertama - Sekolah Menengah Assunta, Jalan Changgai (how u doin'...)
4. Institut pendidikan tinggi awam pertama - RISDA College (skang UiTM), Jalan Othman
5. Shopping mall pertama - Jaya Supermarket @ Cold Storage, Seksyen 14 (port tuang skola)
6. Panggung wayang pertama - Panggung Wayang Majestic dan Panggung Wayang State
7. Hotel terawal - Shah's Village dan Jaya Puri (skang PJ Hilton)
8. Masjid terawal - Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3
9. Stesen Minyak terawal - Stesen Shell, Jalan Gasing dan Stesen Mobil, Jalan Selangor

* info taken from Wikipedia. More info on Petaling Jaya, click here.

Tahniah sekali lagik atas pengiktirafan status Petaling Jaya. So, Bandaraya Petaling Jaya...apa harapan anda?


Hasta la vista

No comments: