Tuesday, June 13, 2006

Manusia Pelik

Korang mesti pernah jumpa orang pelik-pelik kan? especially yang pernah dok hostel time skola or kat Universiti. Aku tak masuk asrama penuh...so, aku tak tau sangat perangai korang-korang nih. Cuma kat Uni jer la aku dok hostel.

Nih aku nak berkongsi pengalaman pasal sorang member aku yang perangai dia pelik. Kalo tengah duduk-duduk kalo teringat citer mamat nih mesti aku tersengih cam kambing yang tersenyum (senyum kambing). Kalo lepak kat mamak ngan kengkawan Uni, kalo kuar citer mamat nih,
sure gelak besar sampai mamak yang buat teh tarik tuh lupa nak buat air.

Nama mamat nih biarlah rahsia (cam tajuk lagu
Siti Nurhaliza)...kita panggil dia Mr.B jer la. Aku list downla beberapa tingkah laku dia yang aku consider pelik. Kalo korang rasa tak pelik...mungkin korang pon bley aku kategorikan manusia pelik gak...

1. Time
lecturer tengah menulis kat white-board, time student tengah concentrate menulis apa lecturer tengah tulis...tiba-tiba dengar bunyi keletak-keletuk-keletak-keletuk-kcinggg!! ..dari belakang. Rupernyer, tengah orang lain menulis nota...Mr. B nih menaip nota...pakai typewriter.

2. Lepas prep, budak-budak sumer masuk dorm. Sekali nampak Mr. B dalam keadaan, kepala kat dalam locker - badan kat luar. Pintu locker tertutup, so budak-budak tak nampak apa yang dia tengah buat. Ada la lepas beberapa tika dan waktu...Mr. B pun selesai kerja. Selepas disoal-siasat ala kadar tentang Ops Pelik dia...dia bukak locker, keluarkan seluar hitam dia...dia cakap "Aku tengah Kiwi seluar aku laaaa..". Rupa-rupanyer, dia try hitamkan dengan memberus-Kiwikan balik seluar hitam dia yang dah fade.

3. Dalam kelas Kimia,
time tuh tengah lecturer tengah mengajar pasal formula-formula Kimia (Metana, Etana, Butana...Wakenabeb). So, lecturer yang tak bersalah nih pon dengan senang hatinyer menulis la satu formula kat papan hitam dan menanyakan kat student-student beliau yang separa sedar dalam kelas tuh. Lalu tanpa segan silu dan penuh keyakinan, Mr. B pon mengangkat tangan untuk menjawab. Jawapan yang dia bagi dengan selamba rock Mat Yeh ialah "Kepala kereta kebal besi buruk Wak Seh". Dengan jawapan itu...budak-budak dalam kelas tuh terus segar-bugar sampai abis kelas.

Ada lagik membe-membe aku yang pelik-pelik...antaranya :

1. Yang main gitar dalam
locker.
2. Yang patahkan leher ayam serama belaan dia sendiri (
psycho sket citer dia nih..huhuhu).
3. Yang tido
straight 46 jam.
4. Yang bercerita pasal pompuan,bola,
study hari nih...tapi esok terus pakai jubah bercerita pasal kiamat.
5. Yang pakai spender ruper cam kain buruk lap lantai (nih kategori pelik ke
disgusting??)...huhuhu

Pelik-pelik member aku,
Mr. B, nih pon...skang dia dah keje bagus pas abis Degree Mechanical Engineering dan aku dengar-dengar ada bisnes nasi lemak secara kecil-kecilan. Jadi jangan disebabkan seseorang tuh pelik, kita tengok dia sebelah mata. Kadang-kadang orang yang kita ketawakanlah lebih berjaya daripada kita...

Ma'asallama wa ilalliqa'

No comments: