Tuesday, November 06, 2012

A Year Has Passed and the New Addition

18 Oct 2012, 2:42pm - Alhamdulillah...new addition to the family. A healthy baby girl, 3.15kg named Nur Ayra Rayna...


Muhammad Rizq Arfa now is officially a-one-and-a-half year old 'Abang Long' I guess.
 
 
 

OK...back to baby Ayra Rayna now. Mommy Kasya and baby Rayna were discharged on the 3rd day, 20th October 2012 and both of them were in good health. Lesson learnt from Rizq Arfa's when he was born is that to check on baby's jaundice level before both mommy and baby could go home. In baby Rayna's case...her jaundice count were at 113. Since it was low, we decided to discharge and went home.

The chronicles of the event of baby Rayna's:

21 Oct  -  Discharged from PCMC.
23 Oct  -  Jaundice is so noticable, warded to KPMC to be placed under photolight with jaundice count of 230.
26 Oct  -  Discharge from KPMC with jaundice count of 190.
31 Nov -  Pedeatrician check up at PCMC; noticed heart murmur.

That was the most unwanted news to us...heart murmur. Although the pediatrician did said it was an 'innocent' heart murmur, but to us it can be anything.

Tomorrow is the appointment for baby Rayna's cardio check up. Insya-Allah all will be fine...


Thursday, September 01, 2011

Deadline Rush

Gila babeng tul final day of players transfer BPL nih. Penuh saspen & dramatik. Aku dok depan laptop sampai dekat kul 4 pagi (waktu Malaysia yer...) tengok live chat kat ESPN Soccernet...especially nak tengok Pakcik Wenger nih beli sapa last2 minit.

So, conclusion dia...4 muka baru masuk team Gunners untuk season 2011/12 nih. At least ada harapan tak kena belasah sampai 8 bijik la pasnih.

4 Gooners baru as of 31/8/2011:

Andre Santos
- Brazil
- bek kiri
- 28 tahun
- kelab terakhir: Fenerbahce (52 perlawanan, 10 gol)
- £6.2juta
- nombor jersi: 11

Per Mertesacker
- Jerman
- bek tengah
- 26 tahun
- kelab terakhir: Werder Bremen
- £8juta
- nombor jersi: 4

Yossi Benayoun
- Israel
- pemain tengah (serangan)
- 31 tahun
- kelab terakhir: Chelsea
- pinjaman sepanjang musim
- nombor jersi: 30

Mikel Arteta
- Sepanyol
- pemain tengah (pertahanan/serangan)
- 29 tahun
- kelab terakhir: Everton
- £10juta
- nombor jersi: 8

Itulah dia 4 pemain yang kena cilok disaat akhir perpindahan pemain semalam untuk Arsenal.

Ada lagi muka2 baru dalam team sejak bermula tarikh perpindahan pemain bulan Jun....juga pemain2 yang keluar dari Arsenal. Berikut ada senarai keluar-masuk pemain untuk musim 2011/2012 nih (diambil ihsan dari Arsenal.com):

Masuk
- Park Chu-Young
- Joel Campbell
- Alex Oxlade-Chamberlain
- Gervinho
- Carl Jenkinson

Keluar
- Gilles Sunu (to Lorient)
- Armand Traore (to QPR)
- Samir Nasri (to Manchester City)
- Emmanuel Eboue (to Galatasaray)
- Cesc Fabregas (to Barcelona)
- Gael Clichy (to Manchester City)

Demikianlah rumusan pindah keluar-masuk pemain Arsenal untuk musim 2011/12 nih. Nak tau efektif ke tidak...kena tunggu minggu depan pas abis tugasan kepada negara masing2.

Papahal....jangan lupa updet Fantasy @ PremierLeague.com korang yer....

Monday, August 15, 2011

End of Saga....


Dear all Gooners...

Today, 15th August 2011 - Cesc left us for Barca...

After more than 300 games, almost 60 go

als and countless astounding assists...he got bored waiting for trophies I guess.

As for Pakcik Wenger, this is what he had to say;

"We have been clear that we didn’t want Cesc to leave and that remains the case. However, we understand Cesc’s desire to move to his home town club and have now accepted an offer from Barcelona. We thank Cesc for his contribution at Arsenal and wish him future success"

So, dear Cesc, thank you and so long...wish you'll get your place in Barca instead of the bench. Cheers mate!!


Tuesday, August 09, 2011

Update!! Update!!

Woohooo!!!...

Giler ah lama tak update menatang nih...suda lebih 2 tahun.

Apa significant event dalam hidup aku di kala blog nih menyepi?

1. Aku dah ada bini :D

2. Aku dah ada anak sorang :D

3. Aku dah beli rumah

4. Aku tetap sokong Arsenal FC eventho performance kurang menyerlah these past few years

5. Aku dah tak isap Mild Seven Charcoal Filter...tuka Marlboro Ice lak...heheh

6. Aku dah hilang sorang best friend (Al-Fatihah Arwah Ekhwan Hassan @ Gemok)


Tu la rata2 landmark hidup aku sejak aku berhenti menulis kat sini. Ada gak terasa nak menulis, tapi kadang2 cam tak tau nak tulis gapo.

Anyway, nih dah masuk 9 hari kita berpuasa....so, aku nak ucapkan gak walaupun agak terlewat,



"Selamat Berpuasa & Selamat Beramal"



Saturday, April 18, 2009

Smoke On The Water

Apa citer la nih????....haih.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lagi cantek pack yang belah kanan tuh kan?

Monday, January 12, 2009

The Following Takes Place Between 3:00 PM And 5:00 PM

EVENTS OCCUR IN REAL TIME.


24 : Season 7





* Ok...sapa2 volunteer nak downloadkan untuk aku. Aku buta Torrent...huhuhu

Thursday, January 01, 2009

Elderly Woman Behind the Counter in a Small Town

6:28 petang.

Jalan Sultan Ismail.

Jam cam HARAM.

Aku set shuffle mode dan layan iPod kat radio kereta dengan bantuan FM transmitter aku yang dah nyawa-nyawa ikan tuh.

Tiba-tiba keluar satu lagu yang dah lebih 10 tahun aku tak dengar.

Selama ada iPod dalam kereta aku, tak penah terkeluar lak lagu nih.

Dalam kesesakan lalu lintas, aku turut menyanyi lagu tuh...

...dengan penuh feeling.



Sebuah lagu nyanyian band Mat Salleh yang agak popular pada pertengahan tahun 90-an.

Bukan Nirvana.

Juga bukan Silverchair.

Tentu sekali bukan Guns N' Roses (1st time aku dengar Sweet Child O' Mine adalah pada tahun 1992...yer, aku ketinggalan)

Nak tau lagu apa?








Lady Rain nyanyian Indecent Obsession.



WTF la kan???



Owh...by the way, Happy 2009 everybody!!!

Monday, December 22, 2008

Wake Me Up Before You Go Go

Venue: Salah sebuah pusat konvensyen di ibukota

Time : Lebih kurang 4.30pm


Lepas dah puas pusing-pusing kat exhibition booth, aku blah nak balik opis.


Dari jauh, aku perasan sorang minah dekat-dekat ngan exit pusat konvensyen tuh. Bley tahan la. Kecik molek, manis, kulit putih gebu, dressing pon tak menonjolkan apa yang tak patut ditonjolkan, gaya eksekutif la.


Aku terus jalan menuju main exit.


Sekali tuh, dia pusing ke arah aku. Dia tengok aku (aku rasa la...). Aku kontrol cool.


Aku teruskan jalan menuju main exit.


Makin dekat dah nih ngan minah tuh. Tiba-tiba aku terukir sejambak senyuman. Sekali dia balas daaa. Dia pon senyum lalu mendouble konfemkan yang memang minah nih tengok aku tadi. Aku tetap kontrol cool.


Aku terus lagi berjalan menuju main exit menghampiri minah tuh sambil senyuman masih melekat di bibir. Kepala otak dah set ayat-ayat yang rasa-rasanyer perlu disembur bila dah kat depan minah tuh.


Bila aku sampai jer depan minah tuh...dia makin galak tersenyum seraya berkata:




"Hai...saya Z***. Encik ada 5 minit tak untuk saya terangkan kepada encik tentang P***** Mutual?...Encik...encik..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku teruskan lagi perjalanan aku pulang ke ofis.


Cibai.

Tuesday, October 28, 2008

And Justice For All...

Aku tengah panas. Memang panas giler.

Sebab pertama - bilik aku nih masih terasa bahang walaupon kipas siling aku yang dah bertahun tak berbasuh ni tengah berpusing ligat cam nak terbang. itu takde hal...aku dah biasa.

Yang aku tak biasanyer...

Sebab kedua - nih yang buat aku panas giler nih.



No need wasting time talk cock, long story cut short...




APAHAL BILL TEPON WA SAMPAI RM300++ NIH???????

PALA HANCIKKK LU...SAPA NAK BAYAR NIH???????

WA PENAT2 REGISTER PAKEJ 3G UNLIMITED PASTUH LU ORANG CHARGE PER-kB NIH PECER????

APSAL TAK INFORM PAKEJ 3G WA TUH BARU START 4 HARI LEPAS????

SENGAL LA LU ORANG!!!

MACAM NIH KE PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG????

F.O.A.D LAAAAA!!!!!!





*pokai wa bulan nih...cipet tul. tapi...nasib baik wa jadik bendahari futsal opis wa. kalo wa pakai duit futsal tuh bukannya derang tau pon...hahahaha

Friday, October 24, 2008

Some say "Quit or I'll go blind."

Sesi bersantai selepas bekerja diteruskan lagi petang tadi. Orait gak la petang tadi tak hujan. Borak2 kosong tanpa faedah tahunan cam biasa dikendalikan oleh rakan2 sekerja lelaki dan wanita di meja minum tanpa lagak yuppie langsung.

Lelaki 1: Sapa lagi hot...Fergie ke Scarlett Johansson?

Lelaki 2: Fergie

Pompuan 1: Scarlett Johansson
Pompuan 2: Scarlett Johansson
Aku: Fergie

Lelaki 1: Sapa lagi hot...Demi Moore ke Cher?

Lelaki 2: Demi Moore
Pompuan 1: Cher?

Pompuan 2: Cher??
Aku: Demi Moore

Lelaki 1: Sapa lagi hot...Nasha Aziz ke Eja?

Lelaki 2: Eja
Pompuan 1: Eja
Pompuan 2: Eja
Aku: Eja

Lelaki 1: Okay...okay...katakanlah kat dunia tinggal ko, Missy Elliot ngan Oprah Winfrey. Sapa ko nak tibai??

Lelaki 2: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA (mamat nih prefer Queen Latifah)
Pompuan 1: ...
Pompuan 2: Oprah Winfrey!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku: Aku pakai tangan jer lah....





*pekejadah Oprah Winfrey wehhhh???????


Tuesday, September 30, 2008

Buang Masa Aje...

Location: Opis
Time: 1045hrs


Takde orang sangat...yang tinggal just:


...expat2 yang tgh buat2 keje dan tak ketinggalan tgh berdiskusi tentang plan cuti Raya diaorg...

...rakan2 sekerja berbangsa Cina dan India yang sedang bertungkus-lumus melayari Facebook...

...secretary big boss aku yang tgh berborak sakan ngan sapa ntah aku pon tak kenal...

...makcik cleaner yang kalo tak silap aku dah 4,5 kali lalu lalang bawak mop kat depan nih...

...5 orang jer kawan2 yang masih 'hijau' kat Microsoft Office Communicator aku nih...





Hishh...aku buat mende kat sini nih???? Ok la weh...alang2 aku nak blah nih, aku ucapkan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, September 18, 2008

Korang Pernah Tak?...

Bangun untuk bersahur dlm kul 5:00am,

makan nasi lauk sardin goreng sambal, telor dadar, sayur bayam goreng lebih juadah bukak poser semalam ngan air suam dengan harapan bley tahan kenyang at least sampai tengahari,

kul 5:35am lepak layan DVD sambil pekena Nescafe Ginseng 3 in 1 ngan Mild Seven Original sebatang sambil2 tunggu azan Suboh,

dalam 5:40am, speaker masjid dah berkumandang bacaan ayat2 suci Al-Quran menandakan sudah waktu Imsak dan hampir Suboh,

5:41am, light rokok lagik sebatang sambil abiskan air Nescafe Ginseng 3 in 1 tadi,

Dua minit pastuh, perut korang memulas giler babeng menandakan satu tindakan pantas harus diambil bagi meredakan keadaan huru-hara di dalam usus besar,

5:46am, perabihkan sisa rokok yang dah sampai ke filter dalam keadaan korang mencangkung/duduk (depends camner jenis jamban korang) dan meneruskan proses pencernaan,

Tepat jam 5:48am, kedengaran azan Suboh bergema memecahkan keheningan,

5:49am, dalam posisi mencangkuk/duduk kat mangkuk jamban tuh...dalam keadaan terkesima...korang berkata kepada diri sindri..."Godemmit...aku blum berniat nak puasa..."

...korang pernah tak?


*nasib baik aku selalu baca doa berpuasa utk sebulan...huhuhu

Wednesday, September 17, 2008

P.U.A.S

Tak..tak..aku bukan nak citer pasal Perbadanan Urus Air Selangor Bhd...


Just nak bgtau aku PUAS dapat makan putu piring 5 bijik beli kat pasar Ramadhan TTDI utk bukak poser smlm...




* tapi apsal dah bersaiz kecik pastuh RM0.50 satu?...dulu besar baru RM0.40...

Monday, September 15, 2008

Dam Damn Dum...

Time aku skola rendah dulu (membawak ke skola menengah pon), aktiviti utama bulan poser ialah perang mercun. Kalo tak perang ngan geng2 sindri, perang ngan budak2 kampung seting-garden kat tempat aku. Perang ngan geng sindri takde hal...tapi kalo perang ngan budak kampung seting-garden sure lajak sampai 'tak-puas-hati-kita-jumpa-kat-simpang'. Bonus kalo perang ngan budak seting-garden, selain baju berlubang kena mercun..dapat lebam sebijik dua kat muka. Tapi aku diplomatik...habis mercun aku lari balik umah. Bijak bukan?

Disebabkan aku uptown-boy, aku tak merasa nak perang meriam buloh...tapi perang menggunakan mercun2 terkini dan sensasi time 80-an tuh.

Venue perang masa tuh ialah di taman2 permainan area umah aku. Faveret spot kitaorg ialah di gelanggang roller-skate terbiar berhampiran surau rumah aku. Spot nih jugak jadik port Geng Gagak Hitam diketuai Farouq dalam citer Gila-Gila Remaja zaman 80-an dulu.

Antara rules/persediaan kalo nak perang mercun time tuh:

1. Masa utk berperang - seawal bermula semayang Isya' hingga tamat terawih.
2. Pastikan tiada kereta peronda polis berkeliaran pada waktu berkenaan.
3. Tak bley pakai air-bomb.
4. Hanya mercun das, roket, thunder clap, bom asap, mercun mancis dan sewaktu dengannya yg dibenarkan.
5. Bunga api, pop-pop, mercun ular tak layak join (untuk kanak2 bawah 6 tahun sahaja).
6. Digalakkan pakai kain pelikat ke surau sbg menunjukkan keprihatinan utk berterawih.
7. Digalakkan pakai sluar pendek dalam kain...tak digalakkan pakai kain masa perang.
8. Digalakkan bawak beg utk mengisi mercun ke surau atau ikat/selotep mercun kat peha dan betis.
9. Set time ngan pihak musuh supaya ada masa untuk susun strategi.
10. Santapan ringan disediakan di surau lepas abis perang.
11. Sesi postmortem sambil merokok diteruskan kat tembok tepi parit depan umah Ida Hewitt.

Tapi skang faveret spot tuh dah takde...derang dah bikin masjid kat situ. Aku pon tak sure budak2 kat tempat aku nih ada lawan mercun lagik ke tak. Mungkin derang dah tak layan mercun dan bertukar angin main PSP atau Counter Strike secara online.

Point aku tulis entry nih pon sebenarnya nak buat iklan jer...sapa2 nak beli mercun bgtau akula. Membe aku ada jual. Mercun, bunga api kecik, bunga api besar sumer ada...kereta kebal pon dia ada jual. Nih betul2 nyer promote...bukan mainan semata...

Hastalavista bebeh!!!

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan Al-Mubarak...Buka Poser Cam Nak Rak!!!

Dah masuk hari ke-10 poser...sekejap giler rasa.

Semalam aku berbuka ngan ex-colleagues kat satu hotel along Jalan Raja Chulan. Ada membe nak bayarkan...sbb pastuh dia masuk dlm claim entertainment dia. Kira dia entertain clients la.

Dan semalam adalah juadah termahal yang dihidangkan utk aku melantak dalam sejarah hidup aku...satu kepala RM132. Untuk para lelaki diaorg still consider satu kepala, bukan dua kepala. Kepala satu lagi derang tak kira sebab tak nampak...kalo nampak baru derang charge kot.

Aku tak tau la korang...but for rm132 aku rasa aku kena bawak mangkuk tingkat utk tapau. Semalam pon aku makan tak byk pon..full giler. Cuit sini sket, cuit sana sket, jamah nih, jamah tuh...rm132!! Damn...syaitannirajim pon give up kot kalo nak soh dia perabih food kat situ.

But one thing berbaloi...choices of food mmg byk giler (serius shit byk) and korang bley lepak smpi 11pm. Masa nak balik, aku usha gak nak tengok masa lg food ke tak. Yes, mmg byk giler food tak habis...haha.

What a waste...waste of duit org buka poser kat situ or waste of food?

Friday, September 05, 2008

Semalam Yang Hujan (bukan band Indie itu...hujan betul...dari langit)

Wassup...

Betul semalam petang hujan kat KL...aku tak tipu. Nasib baik aku naik LRT. Jalan mungkin jam giler babeng...

Ramadhan tahun nih blum menggembirakan aku lagik. Sebabnyer:

1. Petang kelmarin, trip dari KL ke umah...2 jam!! Hilang akal ke apa???? The next day sampai hari nih, aku naik LRT gi opis.

2. Petang kelmarin gak, aku kempunan nak makan kuih kertas/gerdas (aku x sure nama betul dia..) sbb brader yg beratur depan aku sapu abis kuih tuh...mentekedarah gile tak ingat orang belakang..

3. Dari 1st Ramadhan sampai hari nih...aku tak jumpa lagi gerai popia tahun lepas. Popia sira dia terbaeeekkkk beb! Aku ada try gak popia sira gerai2 lain...tak bley blah siot...

4. Semalam kepala aku 2,3 kali kena cucuk ngan payung...perang payung kat Pasar Ramadhan KJ.

Semalam on the way balik dalam LRT, aku terjumpa membe yang aku kenal gitu2 je la...seorang pompuan...bini orang...anak dah sorang. Borak2 pasal juadah berbuka la...takde lain dah. Dia tanya aku apsal tak masak jer kat umah. Jawapan aku:

"kalo aku masak, ko masak, sumer orang masak kat umah...sapa yg nak beli lauk2 kat Pasar Ramadhan tuh. Sian derang penat2 masak tapi takde orang beli. Nih la masa nak support bisnes Melayu"

Tapi tuh sumer sebenarnyer ayat cover...yang sebetulnyer....aku MALAS...muahahahahaha...

Okla...aku nak gi solat Jumaat...


Cheers!!

Monday, September 01, 2008

Ramadhan Al-Mubarak...Pas Bukak Poser Kita Lepak..

Salam to all...

Abis dah satu hari poser. Kejap jer rasa...maybe sbb aku bgn tadi pon dah kul 3pm...huhuhu.

Aktiviti rutin time bulan poser...gi pasar Ramadhan. Port biasa...pasar Ramadhan KJ. Disebabkan aku gi agak lewat tadi, orang ramai giler tak ingat. Sempat rembat kuih pelita jer. Half way masuk...aku give up...aku patah balik. Tak dapat sial nak masuk...sesak nak mampos. Esok balik keje terus gi la...time orang tak ramai lagik. Kempunan aku nak makan popiah sira bukak poser td...

Kalo kita tgk orang ramai kat pasar Ramadhan nih...macam2 peel. Brader2 yg menjual tuh jgn citer la...kalo tak kecoh tak pasar Ramadhan la namanyer..

1. ada yg datang lenggang, kuar lenggang tak beli apa2
- sama ada dia tak berkenan ngan kuih/lauk kat situ or sebab dia dah kenyang (tak poser hari tuh)

2. ada yg datang lenggang, kuar cam baru pas borong kat Mydin
- sama ada family dia besar & kaki melantak or sebab dah terikut hawa nafsu perot

3. ada yg datang, then kuar ngan sejenis kuih jer
- sama ada dia ikut sunnah nabi (berbuka sederhana) or sebab duit tak cukup nak makan byk2

4. ada yg datang ngan muka berseri2
- sama ada mmg muka dia penuh ngan cahaya keimanan or bersemangat nak cuci mata tgk awek2 kat situ


Ok la..aku tgh pening nih...baru pas isap rokok. Best woo isap rokok pas bukak poser...cam rasa high2 sket.

Orait...selamat berposer to all.

Ciao.

Saturday, August 16, 2008

Come On You Gooooooooonerssss!!!!

Uncle Wenger, one more 'Flamini' (midfielder) please....

'Nuff said....

BOINK

Sssshhhhhhhh........

Saturday, January 27, 2007

4th Week , January 2007

Pejam celik pejam celik, dah sebulan dah 2007. What an exiciting week it had been...especially when it comes to soccer. Ye la...banyak lagik issue2 kat Malaya nih sejak tahun baru...cam banjir, harga tol naik, kes Altantuya, Tahun Melawat Malaysia 2007...banyak benor kalo nak citer. So, aku stick to topik bola jer...hahaha. Tak pening kepala sangat. Kalo yg pening kepala pon, mesti kepala si Norizan Bakar...bukan kepala aku.

Ok...aku start ngan game Arsenal-MU last Sunday, 21 January 2007. Ala...sumer org dah tau kan? Kalo team tuh dah memang best, takyah nak citer banyak la. Aku gi layan kat Hartamas Square time tuh. Sajer nak melayan ramai2...lama dah tak tgk bola di kalangan komuniti lain. Aku rasa masa tuh, bley kata 80% kat situ MU fan. Celaka tul...time Rooney score 1st goal tuh, aku rasa cam hilang pandangan screen dah. Tapi, org slalu cakap hero kalah dulu...hahaha. Hah...amik ko penangan v.Persie ngan Henry. Game blum habis....MU fan dah angkat bontot dah. Takpe...bley cuber lagik next season.

Final score : Arsenal 2-1 MU


Dua hari pastuh, aku terasa nak gi Stadium Shah Alam lak tgk ASEAN Championship Football Semifinal, Harimau Malaya lwn Singapura. Lama giler sial tak gi sana. Makan gak 3,4 tahun...damn. Sambutan yg menggalakkan la jugak. Penuh jugak stadium malam tuh. Giler babi tak bajet aku ramai nak datang. Maybe sebab dah lama tak tgk Malaysia main kat home ground and kena plak lawan musuh tradisi. Dia punyer jam masa nak datang jgn citer la...aku sampai stadium pon ada lagik 10min 1st half...nasib baik 0-0.


Gol Hardi tuh mmg cantek...sama ada dia sengaja ker tak...tolak tepi la. Janji gol cantek...hahaha. Tapi Singapore balas balik tuh aku tak puas hati. Menatang nyer back tak cover...free header giler babeng.

Final score : Malaysia 1-1 Singapore

Malam nih return match kat Stadium Kallang. Mintak2 la menang...tak pon seri 2-2...hehehe. Bukan apa...lama tak dengar org Malaysia puji team sendiri. Asyik puji team luar jer. Kita kena terima la seadanya team kita punyer level. Teringat aku kes Malaysia lwn MU kat Bukit Jalil few years back. Aku naik STAR gi Bukit Jalil...masuk tren jer...damn, aku cakap. Sumer baju merah!!!...aku sorang jer baju kuning...baju Malaysia Olimpik 2000. Siap ada uncle Cina nih tegur "U satu org saja baju kuning". Eh..eh..org tua nih...aku balas balik "I'm Malaysian". Pastuh dia senyap...hahaha.

Okla...letih dah aku menaip. Aku nak siap2 nak gi Genting tgk Boyz II Men...hahaha. Tiket diskaun...rugi la tak pakai.

GOOD LUCK HARIMAU MALAYA!!!...KASI BELASAH ITU SINGA PUNYER BONTOT!!!

Chiao...