Saturday, July 22, 2006

Farewell Dennis "The Iceman" Bergkamp


Opening game kat Emirates Stadium akan dirasmikan dengan testimonial game/friendly Arsenal vs Ajax untuk ottai Gunners, Dennis Bergkamp, sempena persaraan beliau dari dunia bola sepak. Match terakhir beliau akan disertai kengkawan ottai beliau dari Arsenal dan Ajax. Ala...aku takyah citer banyak la pasal mamat nih...sure korang dah baca kat suratkhabar sampai muntah-muntah kering dah kan?

Pada aku, Bergkamp nih memang best la. Last season banyak gak dia tolong Arsenal ngan skil-skil dia support budak-budak berhingus dalam team tuh. Dah la cool...power lak gameplay. Pandai baca game dan bagi aku dia merupakan seorang shadow striker yang memang penuh manfaat. Lepas 11 tahun kat Arsenal, dengan faktor umur 37 tahun dan lebih lanjut, Bergkamp mengundurkan diri.

Pasal match semalam, Arsenal Legends berjaya membelasah Ajax Legends dengan kadar jaringan yang tak seberapa hebat iaitu 2 - 1. Bagi korang yang terlampau sloow atau tak tau ada match semalam, berikut adalah statistik perlawanan tersebut...

Arsenal:
Henry 55', Kanu 80'

Ajax: Huntelaar 37'

First-half Arsenal: Manuel Almunia, Justin Hoyte, Pascal Cygan, Matthew Connolly, Armand Traore; Alex Hleb, Alex Song, Mathieu Flamini, Ryan Smith; Dennis Bergkamp, Jeremie Aliadiere
Subs: Mart Poom, Sebastian Larsson, Nicklas Bendtner, Fabrice Muamba, Joe O’Cearuill, Mark Randall, Vincent Van den Berg, Arturo Lupoli, Anthony Stokes.

Second-half Arsenal squad: David Seaman, Lee Dixon, Nigel Winterburn, Steve Bould, Gilles Grimandi, Marc Overmars, Emmanuel Petit, Edu, Ray Parlour; Dennis Bergkamp, Thierry Henry, Ian Wright, Oleg Luzhny, Giovanni van Bronckhorst, Alex Manninger, Patrick Vieira, Glenn Helder, Kanu.

First-half Ajax: Maarten Stekelenburg, Zdenek Grygera, John Heitinga, Jaap Stam, Thomas Vermaelen, Hedwiges Maduro, Kenneth Perez, Wesley Sneijder, Jan Vertonghen, Tom de Mul, Klaas Jan Huntelaar
Subs: Olaf Lindenbergh, Urby Emanuelson, George Ogararu, Ryan Babel, Edgar Manucharyan, Robbert Schilder, Markus Rosenberg.

Second-half Ajax squad: Edwin Van der Sar, Stanley Menzo, Danny Blind, Wim Jonk, Frank de Boer, Marciano Vink, Aron Winter, Ronald de Boer, Edgar Davids, Jan Wouters, Stefan Pettersson, Bryan Roy, Johan Cruyff, Frank Rijkaard, Marco Van Basten.

So long Bergkamp!!

Wednesday, July 19, 2006

8 Long Weeks of Gaji Buta!!!

Waaa...lama giler aku tak update blog nih. Masuk keje baru, kena gi orientation course lak...cam zaman-zaman universiti lak rasa. Yang tak dapat nak bayangkan tuh...orientation nih 8 minggu!!! OK gak tuh...baru masuk keje dah makan gaji buta...2 bulan lak tuh.

2 weeks back aku kena stay kat Bangi for introduction. La nih kat sebuah resort kat Terengganu...6 minggu lak kat sini. Tiap-tiap hari masuk kelas cam budak baru belajar...dengan makan/minum & dobi ditanggung halal...hahaha. Last weekend aku kat Janda Baik for Team Building. OK gak la...penat mental dan emosi jer. Seronok gak la jadik cam budak-budak sekali-sekala...kena torture mental dan fizikal, pastuh enjoy giler babi.

Nih gambor colleagues aku tengah seronok jadik budak-budak...yang kat blakang tuh bukan Bluehyppo tau...hahaha



Sunday, July 02, 2006

Achtung!!...World Cup 2006 Part II

HAHAHAHA...

Wa dah cakap dalam post lepas...Germany masuk semi final. Lu orang tak percaya...hahaha. Memandangkan aku seorang fan Arsenal...aku teramatlah berbangga dengan kembang hidung dengan persembahan terbaik si Lehmann. Giler la weh...power tak powerla kuda tua sorang nih...memang power root Tongkat Ali. Tak sia-sia jadik pilihan pertama goalkeeper Germany...dan juga Arsenal...hehehe.

Kalo korang perasan...time penalty shootout tuh, kuda tua nih dive dengan betul untuk kesemua rembatan. Dengan kata lain, dia dapat agak dengan betul sumer sepakan time penalty tuh. Kemungkinan dia belajar hikmat membaca mata dan gerak badan pihak lawan sebelum mengambil sepakan penalti.

Seperti yang tertera di dalam post Achtung!! aku sebelum nih...korang boley tengok semangat pemain-pemain Germany nih. Dengan Michael Ballack yang injured...tetap meneruskan permainan, Lahm bekerja keras mengover-lapping dalam usaha menyusahkan pihak lawan, Klose bersungguh-sungguh membuka ruang untuk laluan thru ball kepadanya. Itu la dia semangat kesukanan yang aku maksudkan...semangat sepasukan!!


Tapi, selain semangat yang ditunjukkan pemain Germany tuh...aku rasa Jose Peckerman telah membuat percaturan yang salah...yang memakan diri sendiri...seperti Sang Buaya dengan Sang Kancil. Beliau telah membuat pertukaran Riquelme ketika dia boleh meruskan permainan. Start dari situ, Germany dapat mengasak dengan lebih lanjut dengan Argentina hanya mengukuhkan pertahanan mereka. Memang silap la lu Jose...salah budget padan muka ko. Kenangan World Cup 1990 kembali berulang!!!

So
, pasukan-pasukan yang telah melengkapkan slot di semi final :

1. Germany
2. Italy
3. Portugal
4. Perancis

Kalo tak ada aral melintang...juga angin lintang, kita boley mengharap (ke aku jer yang mengharap??) Germany masuk Final. Hail!!..Hail!!...

* awal pagi tadi sure ramai yang meraung kalah bet sebab Brazil kalah...hahaha. Padan muka Brazil...hidup Zizou...magnificent display by Zidane. OKla...aku nak gi breakfast...huhuhu